TEMA: ISU SEMASA
Punca Pengangguran
Pengangguran di kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat, mengapa dan wajarkah ianya terjadi kepada pelajar-palajar lepasan universiti? Apakah masalah sebenar yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur?
Ramai siswazah sekarang terlalu memilih pekerjaan. Jawatan yang hendak dimohon mestilah jawatan yang tinggi di dalam syarikat. Sebagai contoh jawatan pengurus besar yang layak dengan ijazah yang mereka miliki. Apabila tiada kekosongan dalam jawatan, maka mereka lebih rela menjadi penganggur daripada melakukan kerja yang tidak setaraf atau sepadan dengan ijazah yang mereka miliki. Mereka tidak mahu dan malu untuk melakukan pekerjaan yang bermula dari bawah. Tiada pengurus mendapat pekerjaan sebaik tamat belajar sebaliknya ramai bermula dari bawah untuk mengumpul pengalaman.
Selain itu, pengangguran dalam kalangan siswazah berpunca daripada kekurangan pengalaman. Jika tiada pengalaman memang sukar untuk mendapat pekerjaan. Ramai majiakn, terutama dalam sektor swasta lebih cenderung untuk mengutamakan calon memiliki pengalaman bekerja berbanding graduan berkelulusan tinggi tetapi hanya berpengalaman dari segi teori. Pada graduan tidak perlu hanya memilih faktor gaji kerana pengalaman lebih penting untuk masa depan.
Kemahiran komunikasi yang lemah antara punca berlakunya pengganguran. Memetik kata-kata Datuk Maznah Hamid,” jika dari segi akademik, individu itu hebat, namun lemah dari aspeks komunikasi , dia tetap tidak akan membantu kejayaan individu itu. Justeru kemahiran komunikasi perlu dikuasai. Majikan tidak akan melihat gred A yang ada pada ijazah tetapi cara seseorang individu itu berkomunikasi. Kemahiran komunikasi yang bagus dapat menyakinkan seseorang.
Ramai lepasan siswazah yang lemah berbahasa Inggeris. Mereka tidak dapat menguasai banyak bahasa khususnya bahasa antarabangsa atau Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris penting dalam era globalisasi, liberalisasi dagang dan asakan teknologi maklumat (ICT) hari ini. Kita memerlukan graduan yang bukan sahaja mempunyai keyakinan diri, berpandangan jauh dan kepetahan bercakap atau berkomunikasi. Oleh itu, para majikan akan mengambil pekerja berdasarkan kelebihan mereka menguasai Bahasa Inggeris kerana banyak syarikat menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.
Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian,” dan satu lagi pepatah yang mengatakan, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan nak seribu daya tak nak seribu dalih.”
No comments:
Post a Comment