NIKMAT SIHAT!!
Rangka : Amalan Gaya Hidup Sihat
Pendahuluan
Marcapada, pada zaman yang serba canggih dan teknologi semakin moden selari dengan arus pemodenan, golongan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan cita-cita daripada kesihatan diri sendiri
Isi
1. melakukan aktiviti bersenam
2. menjaga cara pemakanan
3. menjaga kesihatan diri dan persekitaran rumah
4. membuat pemeriksaan kesihatan
Kesimpulan
Rakyat Malaysia seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat agar negara dapat melahirkan masyarakat yang aktif dan proaktif. Hal ini, dapat menjana ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Antara cara menjaga kesihatan diri yang boleh
kita ketahui adalah dengan melakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya 3
kali seminggu dan dilakukan selama 20 minit
waktu yang paling minimum. Dengan cara ini, kita dapat memastikan badan
kita sentiasa sihat dan cergas. Aktiviti ini bukan sahaja dilakukan pada waktu
pagi malah ia juga boleh dilakukan pada waktu petang. Misalnya, mengadakan
aktiviti riadah bersama keluarga. Oleh itu, tiada alasan untuk rakyat Malaysia
mengatakan tiada masa untuk melakukannya. Faedahnya, bukan sahaja diri kita
yang sihat tetapi kita juga akan mempunyai kelurga yang bahagia dan terhindar
daripada segala penyakit yang berbahaya.
Selain itu, kita juga perlu menjaga cara
pemakanan harian kita. tiada gunanya jika kita bersenam tetapi tidak
mengamalkan pemakanan yang sihat. Sentiasa mengambil makanan yang seimbang
kerana ia dapat membantu kita menjaga kesiahatan badan tanpa kita sedari.
Elakkan pengambilan makanan yang berlemak, gula dan garam terlalu kerap kerana
dipercayai boleh membawa kepada peningkatan penyakit kronik seperti penyakit
jantung, diabetes dan kanser. Penyakit-penyakit seperti ini melibatkan kos yang
tinggi kepada nyawa manusia.
Seterusnya, menjaga kesihatan diri dan
persekitaran rumah juga penting supaya kita dapat menghindarkan diri dan
keluarga daripada pelbagai jenis penyakit. Sentiasa mengadakan aktiviti
gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama keluarga pada hujung minggu
untuk mengurangkan penularan wabak denggi lebih-lebih lagi di kawasan air
bertakung agar kita dapat mengelakkan pembiakkan nyamuk aedes. Wabak ini
menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang sudah terjangkit daripada
haiwan yang merupakan pembawa penyakit. penghidap penyakit denggi ini akan
menemui maut dalam jangka masa yang singkat. pastinya jika kita menjaga kawasan
persekitaran rumah, kita dapat menghindari keluarga kita daripada menghidap
penyakit denggi.
Di samping itu, sentiasa membuat pemeriksaan
kesihatan. Hal ini demikian kerana, kita boleh menghadiri pemeriksaan kesihatan
percuma di tempat yang telah disediakan. Tambahan pula, ia tidak melibatkan kos
yang tinggi jika kita mahu mengenalpasti penyakit yang kita hadapi. datanglah
bersama keluarga untuk menjalani pemeriksaan bagi mencegah penyakit sebelum
menjadi lebih teruk. Bak kata pepatah "lebih baik mencegah daripada
merawat". Pemeriksaan kesihatan ini perlu dijalani sekurang-kurangnya 6
bulan sekali untuk memastikan diri kita dan keluarga benar-benar sihat.
Secara keseluruhannnya, kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat agar negara dapat
melahirkan masyarakat yang aktif dan proaktif. Hal ini, dapat menjana ekonomi
negara ke peringkat yang lebih tinggi supaya kita setanding dengan
negara-negara barat. Pendek kata, kita haruslah mengutamakan kesihatan daripada
kerjaya untuk mendapat gaya kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia.
No comments:
Post a Comment