Tuesday, 8 December 2015

TEKA - TEKI(REJAB F.I)




Teka-teki ( biodata Rejab F.I )

Segmen 1
1) Apa huruf selepas E, __ dan sebelum G ? Apa maksud bagi huruf tersebut ?
2) Dalam banyak-banyak kerbau, kerbau apa yang tak pernah gemuk ?
1) Rejab berasal dari mana?

Segmen 2 (Silang Kata)
2) Beliau merupakan ahli jawatankuasa bagi?
3) Buku terjemahaan Shakespears yang disukai oleh Rejab?
4) Majalah yang pernah dibaca oleh Rejab sewaktu beliau bergelar guru?






SIAPAKAH REJAB F.I ?






Rejab F.I. adalah seorang penyair Malaysia yang berasal dari Perlis. Nama sebenarnya Rejab bin Ismail dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September 1941. Beliau adalah seorang guru dan pernah memenangi Hadiah Sastera Nasional 1971 (puisi) dan Hadiah Sastera Esso-Gapena 1985 (Cerpen).

REJAB Ismail atau nama pena Rejab F.I antara segelintir sasterawan dekad 1960-an yang terus konsisten, prolifik dan pemikirannya teranjak selari dengan zaman. Sebenarnya tidak banyak sasterawan yang menang mengharungi zaman dan mendepani perubahan pola pemikiran dengan generasi semasa. Lalu banyak yang mengambil langkah memperlahankan langkah atau mengundurkan diri dari gelanggang sastera.

Buku ini adalah memoir Rejab, seorang budak kampung yang menggembala lembu, bersawah dan membesar bersama nyamuk dan agas, menggapai cita-cita menjadi sasterawan. Hingga kini, ketika saya singgah di rumah agamnya di pinggir bandar Kangar, Perlis, Rejab masih menulis. Beliau boleh berhenti daripada kerjaya yang sebati dengannya sebagai pendidik tetapi tidak boleh meninggalkan pena dan kertas. Hidupnya penuh dengan aksara, kata dan frasa

Daripada memoir ini, kejayaan Rejab sebagai sasterawan kelihatan dibentuk oleh kesedaran untuk mengubah taraf hidup dan pemikiran masyarakat. Seorang guru tahun awal 1960-an adalah pemikir bagi dalam kalangan masyarakat yang rata-rata tidak menguasai ilmu baca dan tulis yang tinggi. Rejab adalah pemikir dan pemerhati sosial zamannya, malah mempunyai kesedaran untuk mengubah kepada keadaan yang lebih baik. Beliau menggunakan kuasa sastera.

Pengalaman hidup sebagai budak kampung yang daif mencelikkan Rejab sebagai agen perubahan. Boleh dikatakan hampir semua karya berbentuk novel, cerpen dan puisi dicetuskan daripada milieu sosial yang melingkari hidupnya sejak kanak-kanak. Karya-karya Rejab bukan sahaja mahu memajukan masyarakat supaya berfikir di luar kotak, malah menekankan kerukunan sosial dan moral yang sedikit demi sedikit terhakis oleh amukan modenisasi di pendalaman.


Rejab sangat prihatin terhadap kerukunan sosial, tata susila dan kemajuan yang diperjuangkan tentunya bukanlah fizikal semata-mata. Kemajuan dari sudut manusiawi menjadi agenda utama Rejab dalam karya-karyanya.

Daripada memoir ini juga kita dapat melihat perjuangan memartabatkan bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Rejab sejak setengah abad lalu. Hingga kini, beliau antara sasterawan yang lantang mengkritik pihak tertentu yang terlalu berlembut dan tidak berani mengangkat kedudukan bahasa Melayu


Generasi masa kini, boleh mrenjadikan memoir ini sebagai rujukan untuk melihat dan memahami sosiobudaya masa lampau, khususnya di sekitar alam yang melingkari kehidupan Rejab. Walaupun Rejab menceritakan kisah hidupnya tetapi beliau secara tanpa sedar menggambarkan keadaan sosial waktu itu.

No comments:

Post a Comment