TEMA: FAKTA SEJARAH
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia. Bunga pakma mampu membesar sehingga saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.
Tahukah anda bahawa ada 27 jenis bunga Rafflesia di dunia? Kebanyakan orang hanya mengenal bunga Rafflesia Arnoldi yang sering tumbuh di hutan Bengkulu. Ternyata, banyak jenis Rafflesia yang tumbuh di hutan lain di luar Provinsi Bengkulu, dan bukan jenis Rafflesia Arnoldi. Apa saja jenis 27 jenis Rafflesia itu? Berikut merupakan beberapa jenis bunga Rafflesia:

1. Rafflesia Arnoldi (Rafflesia arnoldii)
Rafflesia arnoldii merupakan tumbuhan parasit yang terkenal karana memiliki bunga berukuran sangat besar, bahkan merupakan bunga terbesar di dunia.Tetrastigma dan tidak memiliki daun sehingga tidak mampu berfotosintesis.

2. Rafflesia Azlanii
Pada 2003, bersama natularalis Mathew Wong, Abdul Latif menemukan satu spesies baru Rafflesia di Hutan Lindung Temenggor, Perak. “Kami memutuskan menamainya Rafflesia Azlanii, untuk menghormati Sultan Azlan Shah dari Perak, yang merupakan pelindung Heritage Expedition,” kata Abdul Latiff.
3. Rafflesia Baletei
4. Rafflesia Banahawensis

5. Rafflesia Bengkuluensis

6. Rafflesia Cantleyi

7. Rafflesia Keithii
Analisis Pemantauan Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Tinggi (HCVF) – Bunga Pakma (Rafflesia)

Spesies bunga ini boleh dijumpai dalam beberapa kawasan hutan di Malaysia yang mana mempunyai habitat yang sesuai untuk bunga ini seperti di negeri Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2006, bunga pakma telah ditemui di kompartmen 11, Hutan Simpan Gunung Benom dan rentetan daripada penemuan tersebut pihak Jabatan telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (HCVF). Sebanyak 3 petak telah dikenalpasti sebagai kawasan habitat bunga pakma yang meliputi kawasan seluas 0.7 ha. Bagi memelihara dan memulihara spesies bunga tersebut, pihak Jabatan telah melakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap kawasan ini secara berkala. Usaha ini dilakukan bagi memastikan habitat bunga ini sentiasa terjamin dan mengelakkan daripada gangguan anasir-anasir luar serta untuk melihat pola pertumbuhan spesies ini.
Pakma ialah Sanskrit yg bererti bulu mata. Apa agaknya nama Melayunya?
ReplyDelete