Tuesday, 8 December 2015

TEKA - TEKI(REJAB F.I)




Teka-teki ( biodata Rejab F.I )

Segmen 1
1) Apa huruf selepas E, __ dan sebelum G ? Apa maksud bagi huruf tersebut ?
2) Dalam banyak-banyak kerbau, kerbau apa yang tak pernah gemuk ?
1) Rejab berasal dari mana?

Segmen 2 (Silang Kata)
2) Beliau merupakan ahli jawatankuasa bagi?
3) Buku terjemahaan Shakespears yang disukai oleh Rejab?
4) Majalah yang pernah dibaca oleh Rejab sewaktu beliau bergelar guru?






SIAPAKAH REJAB F.I ?






Rejab F.I. adalah seorang penyair Malaysia yang berasal dari Perlis. Nama sebenarnya Rejab bin Ismail dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September 1941. Beliau adalah seorang guru dan pernah memenangi Hadiah Sastera Nasional 1971 (puisi) dan Hadiah Sastera Esso-Gapena 1985 (Cerpen).

REJAB Ismail atau nama pena Rejab F.I antara segelintir sasterawan dekad 1960-an yang terus konsisten, prolifik dan pemikirannya teranjak selari dengan zaman. Sebenarnya tidak banyak sasterawan yang menang mengharungi zaman dan mendepani perubahan pola pemikiran dengan generasi semasa. Lalu banyak yang mengambil langkah memperlahankan langkah atau mengundurkan diri dari gelanggang sastera.

Buku ini adalah memoir Rejab, seorang budak kampung yang menggembala lembu, bersawah dan membesar bersama nyamuk dan agas, menggapai cita-cita menjadi sasterawan. Hingga kini, ketika saya singgah di rumah agamnya di pinggir bandar Kangar, Perlis, Rejab masih menulis. Beliau boleh berhenti daripada kerjaya yang sebati dengannya sebagai pendidik tetapi tidak boleh meninggalkan pena dan kertas. Hidupnya penuh dengan aksara, kata dan frasa

Daripada memoir ini, kejayaan Rejab sebagai sasterawan kelihatan dibentuk oleh kesedaran untuk mengubah taraf hidup dan pemikiran masyarakat. Seorang guru tahun awal 1960-an adalah pemikir bagi dalam kalangan masyarakat yang rata-rata tidak menguasai ilmu baca dan tulis yang tinggi. Rejab adalah pemikir dan pemerhati sosial zamannya, malah mempunyai kesedaran untuk mengubah kepada keadaan yang lebih baik. Beliau menggunakan kuasa sastera.

Pengalaman hidup sebagai budak kampung yang daif mencelikkan Rejab sebagai agen perubahan. Boleh dikatakan hampir semua karya berbentuk novel, cerpen dan puisi dicetuskan daripada milieu sosial yang melingkari hidupnya sejak kanak-kanak. Karya-karya Rejab bukan sahaja mahu memajukan masyarakat supaya berfikir di luar kotak, malah menekankan kerukunan sosial dan moral yang sedikit demi sedikit terhakis oleh amukan modenisasi di pendalaman.


Rejab sangat prihatin terhadap kerukunan sosial, tata susila dan kemajuan yang diperjuangkan tentunya bukanlah fizikal semata-mata. Kemajuan dari sudut manusiawi menjadi agenda utama Rejab dalam karya-karyanya.

Daripada memoir ini juga kita dapat melihat perjuangan memartabatkan bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Rejab sejak setengah abad lalu. Hingga kini, beliau antara sasterawan yang lantang mengkritik pihak tertentu yang terlalu berlembut dan tidak berani mengangkat kedudukan bahasa Melayu


Generasi masa kini, boleh mrenjadikan memoir ini sebagai rujukan untuk melihat dan memahami sosiobudaya masa lampau, khususnya di sekitar alam yang melingkari kehidupan Rejab. Walaupun Rejab menceritakan kisah hidupnya tetapi beliau secara tanpa sedar menggambarkan keadaan sosial waktu itu.

PENCEMARAN TANAH




Bumi merupakan sebuah planet yang unik kerana terdapat hidupan yang hidup di bumi.  “Hampir 71% permukaan bumi dilitupi  dengan air dan 29% lagi adalah tanah” (Gunawan, 2015). Persekitaran bumi dikelilingi dengan pelbagai alam sekitar semula jadi seperti sungai, bukit-bukau, gua, flora dan fauna serta pelbagai lagi. Namun begitu, lama kelamaan keadaan bumi mula mengalami proses penurunan kualiti. Bumi mula menunjukkan sumber semula jadi mula kehabisan atau kehausan sumber alam yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup. Pelbagai kerosakan telah berlaku terhadap alam sekitar antaranya pencemaran air, gempa bumi, banjir, pencemaran udara, dan sebagainya. Kajian ini berkaitan dengan alam sekitar dan memfokuskan kepada pencemaran tanah.


JENIS-JENIS TANAH

Sebelum dihuraikan dengan lebih lanjut mengenai pencemaran tanah seperti yang diketahui terdapat pelbagai jenis tanah yang terdapat di muka bumi. Setiap tanah tersebut mempunyai fungsi dan sifat yang berlainan. Berikut merupakan jenis-jenis tanahberdasarkan rajah dibawah:


Secara umumnya, tanah terbahagi kepada dua jenis tanah iaitu tanah mineral dan tanah organik (Samsudin Syamsu, 2015)). Namun begitu, terdapat pelbagai jenis tanah lain yang wujud di atas muka bumi ini. Antaranya:

a) Tanah Gambut
Tanah gambut merupakan salah satu jenis tanah yang berasal dari induk tanah organik. Mempunyai ciri warna gelap dan bersifat asam, basah serta kurang subur. Tanah ini banyak terdapat di rawa Kalimantan, Papua, dan Sumatera.

b) Tanah Endapan (Alluvial)
Tanah endapan merupakan jenis tanah yang masih muda. Tanah ini terbentuk oleh material halus yang mengendap di dataran rendah atau aliran sungai. Berwarna gelap dan bersifat subur.

c) Tanah Pasir
Tanah pasir mengandung kerikil batu dan sedikit humus yang sangat sukar dilalui air. Tanah ini tidak sesuai untuk pertanian tapi sesuai digunakan untuk bahan bangunan.

d) Tanah Liat 
Tanah liat atau dikenali juga sebagai tanah lempung tidak sesuai untuk pengaliran air. Tanah ini juga bersifat tidak subur dan dimanfaatkan untuk membuat gerabah.

e) Tanah Kapur (Tanah Mediteran)
Tanah kapur berasal dari batuan kapur yang keras (limestone). Tanah ini sangat mudah mengalirkan air. Bersifat kurang subur tetapi sesuai untuk pertumbuhan pokok jati.



DEFINISI

Permukaan bumi ditutupi oleh tanah sebanyak 29%. Flora tumbuh dan hidup di atas tanah. Oleh itu, komposisi tanah perlulah dijaga dengan baik kerana tanah penting untuk flora dan fauna serta manusia untuk meneruskan hidup.  Kajian ini telah memfokuskan kepada pencemaran tanah.

Tanah ditakrifkan sebagai “tempat tumbuhan hidup iaitu lapisan yang terdapat di bahgaian atas kulit bumi” (Yuwono, 2013). Tanah merupakan bahagian kerak bumi yang tersusun dari mineral dan bahan organik meliputi benda padat (organik & anorganik), udara, dan air tanah.

Pencemaran tanah pula didefinisikan sebagai “keadaan di mana tanah mula menunjukkan perubahan dari segi kesuburan, tanah, dan hakisan” (Saktiyono ,2006; 162). Perubahan ini berlaku kerana bahan kimia buatan manusia telah meresap masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah mengalami pencemaran.


PUNCA PENCEMARAN TANAH

   Pencemaran yang berlaku di muka bumi ini berpunca daripada sikap manusia. Sikap manusia itu sendiri yang suka membuat pembuangan sampah sarap secara tidak terkawal menjadi salah satu punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran tanah (2005). Pembuangan sampah dilakukan melalui dua kaedah iaitu kaedah penimbusan dan kaedah pembakaran. Melalui kaedah penimbusan, sampah sarap akan ditanam ke dalam tanah. Sampah hanya dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan hidung sahaja. Tambahan lagi, sampah sarap ini tidak akan terurai dengan cepat menyebabkan tanah tidak mendapat oksigen.

   Pembuangan sisa toksik antara punca berlaku pencemaran tanah. Sisa toksik dan nuklear yang dibuang dari limbahan domestik dan industri dalam kuantiti yang banyak akan mencemari permukaan tanah (Rayyan Darwisy, 2012). Dengan ini, kualiti tanah akan merosot dan mengubah sifat tanah menjadi tidak subur. Sisa toksik banyak dibuang dari limbahan industri seperti pembuangan minyak, bahan kimia dari kilang di sungai. Bahan kimia yang dibuang ini akan meresap ke dalam tanah dan tidak dapat diurai dalam tanah maka tanah akan tercemar dan mula berubah sifat seterusnya menjadi rosak

   Di samping itu, pencemaran tanah turut berlaku disebabkan oleh penebangan hutan. Hal ini demikian kerana, kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak. “Pokok yang terdapat dihutan berfungsi untuk mengukukhkan dan memadatkan tanah” (Wedaran. 2015). Namun begitu, struktur tanah menjadi longgar kerana penebangan hutan, maka tanah tidak dicengkam oleh akar pokok dan boleh menyebakan kejadian tanah runtuh sekaligus mencemarkan struktur tanah. Struktur tanah yang tidak kukuh akan memudahkan tanah dicemari dan rosak. 


KESAN PENCEMARAN TANAH 

   Pencemaran tanah yang berlaku akan meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan. Hal ini demikian kerana, pencemaran yang berlaku boleh menyebabkan penyebaran penayakit. Kesihatan manusia, flora dan fauna akan menjadi teruk. Tanah yang tercemar akan menunjukkan perubahan dari segi warna, bau, dan lain lagi (Yuwono, 2010). Bau tanah yang berbau akan menarik perhatian serangga perosak dan kuman-kuman untuk membiak dikawasan tersebut. Pembiakan ini akan memudahkan penyebaran penyakit berlaku yang berpunca daripada kuman. 

   Selain itu, kesan pencemaran tanah ialah kemerosotan kualiti tanah. Bahan kimia dan sisa-sisa industri yang telah meresap ke dalam tanah akan menyebabkan tanah rosak dan kualiti tanah merosot (Rayyan Darwisy, 2012). Tanah yang tercemar akan menyebabkan kehidupan organisme dan mikroorganisme dalam tanah akan terganggu. Tambahan lagi, flora tidak dapat tumbuh dengan subur atas tanah yang tidak subur. Tanah mengalami kemorosotan kualiti kerana kekurangan zat maka tumbuhan juga akan mengalami kemorosotan dalam  tumbesaran. 



LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN TANAH

   Pencemaran tanah dapat diatasi dengan mengambil langkah mengadakan kempen kesedaran. Manusia sentiasa menjadi punca utama sesuatu pencemaran alam berlaku. Oleh itu, kempen kesedaran perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar menjaga alam sekitar (Wedaran, 2015). Kempen yang dijalankan ini bertujuan untuk mengajar orang ramai tentang pentingnya alam sekitar terhadap manusia, flora dan fauna. Kempen yang dilaksanakan dapat memberi pengajaran kepada orang ramai. Pelbagai kempen alam sekitar boleh dilaksanakan seperti kitar semula, sahabat alam, sayangi alam sekitar kita, cintailah bumi, dan lain-lain lagi.

   Selain itu, kesedaran yang ada dalam diri seseorang individu mengenai lama sekitar sangatlah penting. Kaedah pendidikan alam sekitar mampu membentuk sikap positif seseorang individu terhadap alam sekitar (2005). Oleh itu, kaedah pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran alam yang berlaku dan perlu diberi pendidikan bermula dari kanak-kanak. Pendidikan yang diberi mampu menyedarkan orang ramai betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi harus dikekalkan. 

   Seperkara lagi, cara pemikiran orang ramai perlu dibentuk untuk mengatasi isu pencemaran tanah. Pendedahan melalui media massa sangat penting supaya orang ramai akan lebih berhati-hati dengan sikap mereka yang sambil lewa sahaja terhadap alam sekitar. Media massa mampu mempengaruhi pemikiran manusia untuk berubah kerana masyarakat dan media tidak dapat dipisahkan (Rayyan Darwisy, 2012). Oleh itu, salah satu cara yang boleh di ambil untuk mengatasi masalah pencemaran tanah ialah pendedahan media massa


KESIMPULAN

Secara konklusi, perbuatan manusia merupakan punca utama berlakunya pencemaran tanah. Sikap penduduk sekarang akan menyebabkan generasi akan datang terpaksa merasa tempias jika pencemaran tanah ini berlaku berterusan. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjaga bumi ini.  


NIKMAT SIHAT!!


Image result for gaya hidup sihat

Rangka : Amalan Gaya Hidup Sihat


Pendahuluan
Marcapada, pada zaman yang serba canggih dan teknologi semakin moden selari dengan arus pemodenan, golongan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan cita-cita daripada kesihatan diri sendiri

Isi
1. melakukan aktiviti bersenam
2. menjaga cara pemakanan
3. menjaga kesihatan diri dan persekitaran rumah
4. membuat  pemeriksaan kesihatan

Kesimpulan
Rakyat Malaysia seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat agar negara dapat melahirkan masyarakat yang aktif dan proaktif. Hal ini, dapat menjana ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


Image result for gaya hidup sihat     Marcapada, pada zaman yang serba canggih dan teknologi semakin moden selari dengan arus pemodenan, golongan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan cita-cita daripada kesihatan diri sendiri. Mereka tidak mengendahkan dan menghiraukan kes kematian yang semakin meningkat dari saban hari akibat mengalami masalh kesihatan. mereka tidak tahu kesan buruk yang bakal mereka hadapi. Bagi mereka, kerjaya adalah lebih penting daripada menjaga kesihatan.

     Antara cara menjaga kesihatan diri yang boleh kita ketahui adalah dengan melakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan dilakukan selama 20 minit  waktu yang paling minimum. Dengan cara ini, kita dapat memastikan badan kita sentiasa sihat dan cergas. Aktiviti ini bukan sahaja dilakukan pada waktu pagi malah ia juga boleh dilakukan pada waktu petang. Misalnya, mengadakan aktiviti riadah bersama keluarga. Oleh itu, tiada alasan untuk rakyat Malaysia mengatakan tiada masa untuk melakukannya. Faedahnya, bukan sahaja diri kita yang sihat tetapi kita juga akan mempunyai kelurga yang bahagia dan terhindar daripada segala penyakit yang berbahaya.

     Selain itu, kita juga perlu menjaga cara pemakanan harian kita. tiada gunanya jika kita bersenam tetapi tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Sentiasa mengambil makanan yang seimbang kerana ia dapat membantu kita menjaga kesiahatan badan tanpa kita sedari. Elakkan pengambilan makanan yang berlemak, gula dan garam terlalu kerap kerana dipercayai boleh membawa kepada peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser. Penyakit-penyakit seperti ini melibatkan kos yang tinggi kepada nyawa manusia.

     Seterusnya, menjaga kesihatan diri dan persekitaran rumah juga penting supaya kita dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada pelbagai jenis penyakit. Sentiasa mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama keluarga pada hujung minggu untuk mengurangkan penularan wabak denggi lebih-lebih lagi di kawasan air bertakung agar kita dapat mengelakkan pembiakkan nyamuk aedes. Wabak ini menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang sudah terjangkit daripada haiwan yang merupakan pembawa penyakit. penghidap penyakit denggi ini akan menemui maut dalam jangka masa yang singkat. pastinya jika kita menjaga kawasan persekitaran rumah, kita dapat menghindari keluarga kita daripada menghidap penyakit denggi.

     Di samping itu, sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan. Hal ini demikian kerana, kita boleh menghadiri pemeriksaan kesihatan percuma di tempat yang telah disediakan. Tambahan pula, ia tidak melibatkan kos yang tinggi jika kita mahu mengenalpasti penyakit yang kita hadapi. datanglah bersama keluarga untuk menjalani pemeriksaan bagi mencegah penyakit sebelum menjadi lebih teruk. Bak kata pepatah "lebih baik mencegah daripada merawat". Pemeriksaan kesihatan ini perlu dijalani sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memastikan diri kita dan keluarga benar-benar sihat.

     Secara keseluruhannnya, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat agar negara dapat melahirkan masyarakat yang aktif dan proaktif. Hal ini, dapat menjana ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi supaya kita setanding dengan negara-negara barat. Pendek kata, kita haruslah mengutamakan kesihatan daripada kerjaya untuk mendapat gaya kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia.


Image result for gaya hidup sihat

Sunday, 6 December 2015

TEMA: FAKTA SEJARAH


Image result for bunga rafflesia di malaysiaImage result for bunga rafflesia di malaysia   

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia. Bunga pakma mampu membesar sehingga saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.


Tahukah anda bahawa ada 27 jenis bunga Rafflesia di dunia?  Kebanyakan orang hanya mengenal bunga Rafflesia Arnoldi yang sering tumbuh di hutan Bengkulu. Ternyata, banyak jenis Rafflesia yang tumbuh di hutan lain di luar Provinsi Bengkulu, dan bukan jenis Rafflesia Arnoldi. Apa saja jenis 27 jenis Rafflesia itu? Berikut merupakan beberapa jenis bunga Rafflesia:




1. Rafflesia Arnoldi (Rafflesia arnoldii)
Rafflesia arnoldii merupakan tumbuhan parasit yang terkenal karana memiliki bunga berukuran sangat besar, bahkan merupakan bunga terbesar di dunia.Tetrastigma dan tidak memiliki daun sehingga tidak mampu berfotosintesis.



2. Rafflesia Azlanii

Pada 2003, bersama natularalis Mathew Wong, Abdul Latif menemukan satu spesies baru Rafflesia di Hutan Lindung Temenggor, Perak. “Kami memutuskan menamainya Rafflesia Azlanii, untuk menghormati Sultan Azlan Shah dari Perak, yang merupakan pelindung Heritage Expedition,” kata Abdul Latiff.



3. Rafflesia Baletei



4. Rafflesia Banahawensis



5. Rafflesia Bengkuluensis



6. Rafflesia Cantleyi



7. Rafflesia Keithii



Analisis Pemantauan Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Tinggi (HCVF) – Bunga Pakma (Rafflesia)


Spesies bunga ini boleh dijumpai dalam beberapa kawasan hutan di Malaysia yang mana mempunyai habitat yang sesuai untuk bunga ini seperti di negeri Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2006, bunga pakma telah ditemui di kompartmen 11, Hutan Simpan Gunung Benom dan rentetan daripada penemuan tersebut pihak Jabatan telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (HCVF). Sebanyak 3 petak telah dikenalpasti sebagai kawasan habitat bunga pakma yang meliputi kawasan seluas 0.7 ha. Bagi memelihara dan memulihara spesies bunga tersebut, pihak Jabatan telah melakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap kawasan ini secara berkala. Usaha ini dilakukan bagi memastikan habitat bunga ini sentiasa terjamin dan mengelakkan daripada gangguan anasir-anasir luar serta untuk melihat pola pertumbuhan spesies ini.


Tak Kenal Maka Tak Cinta



Image result for p.ramleeImage result for p.ramleeAssalamualaikum dan selamat sejahtera, Tan Sri P. Ramlee nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan. Beliau merupakan seniman yang sangat disegani ramai. Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita namun beliau sangat dikenali. Karya seni beliau sentiasa segar dalam ingatan orang ramai sehinggalah generasi masa kini. Beliau digelar seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asian Tenggara. Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.



LATAR BELAKANG P.RAMLEE


Menerima pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962.

       Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Beliau dilahirkan di rumah neneknya di Pulau Pinang.
       P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Francis Light School. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School.
      P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


PERKAHWINAN


Image result for p.ramlee
        P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Junaidah Daeng Harris (1950), Noorizan Mohd. Noor (1955) dan Salmah Ismail atau Saloma (1961). Beliau hanya dikurniakan dua orang anak melalui hasil perkahwinannya bersama Junaidah iaitu Mohd. Nasir dan Arfan. P. Ramlee juga mempunyai anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan) dan Armali (anak Saloma dan A.R.Tompel). Bukan itu sahaja, P. Ramlee juga mempunyai anak angkat iaitu Sazali, Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan Dian.


FILEM DAN LAGU

   P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem. Bermula dengan filem pertama Chinta (1948) sehinggalah filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee telah mendendangkan sebanyak 359 buah lagu termasuklah hit seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar, Getaran Jiwa dan Madu Tiga.

Image result for p.ramlee

PENGHARGAAN

      Bagi mengenang jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
      Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P. Ramlee pada tahun 1986.
     Nama P. Ramlee turut diabadikan pada sebatang jalan di tengah ibu kota Kuala lumpur iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.
     Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran Doktor.
     Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.


Filem Do-Re-Mi merupakan salah satu filem yang sentiasa segar dalam ingatan orang ramai, pasti ramai yang akan ingat akan cerita ini. Walaupun diulang berulang kali, filem P.Ramlee sentiasa membuat penonton tidak kering gusi menontonnya.

Saturday, 5 December 2015

TEMA: MASALAH SOSIAL



LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA



     Kemalangan jalan raya yang berlaku telah menyebabkan kecederaan, kematian serta kerosakan kenderaan yang terbabit. Walaupun dikatakan malang tidak berbau, kita masih boleh mengambil beberapa langkah yang proaktif dalam memastikan angka kemalangan maut tidak terus meningkat.

     Langkah utama dalam mengurangkan angka kemalangan jalan raya sudah pastilah dengan mendidik para pemandu khususnya pemandu pengangkutan awam supaya lebih berdisiplin ketika memandu. Peratusan tinggi kemalangan dikatakan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri yang dikatakan cuai ketika berada di atas jalan raya. Sebagai contohnya, banyak pemandu yang masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu yang secara tidak langsung menyebabkan mereka kehilangan fokus. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan mengikut peraturan jalan raya perlu hadir dari dalam diri kerana tanpa kesedaran dalam diri, peraturan yang digubal umpama tidak bermakna.

     Selain itu, langkah yang boleh diambil pula ialah dengan membaiki keadaan jalan raya di negara kita. Jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik sudah pasti mendatangkan bahaya kepada para pemandu dan juga penunggang motosikal. Bukan itu sahaja, keadaan jalan raya yang gelap tanpa sinaran cahaya lampu juga boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam. Sebagai misalannya, kereta yang dipandu laju di lebuh raya akan serta merta mengelak jalan yang berlubang tanpa melihat cermin pandang sisi. Keadaan ini memungkinkan kemalangan berlaku jika kenderaan di belakang mengikut terlalu dekat. Perkara sebeginilah yang perlu dielakkan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

     Pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya juga perlu bertindak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pihak polis mestilah bertugas dengan baik dan membuat pemantauan yang berterusan terhadap sikap pemandu kenderaan. Pemandu yang melanggar peraturan jalan raya hendaklah disaman dan didakwa di mahkamah untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan juga boleh memainkan peranan dengan menahan kenderaan yang tiada cukai jalan atau membawa muatan yang berlebihan. Jika pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya dapat memainkan peranan dengan berkesan, maka kemalangan dapat dikurangkan dan ia pastinya menguntungkan banyak pihak.

     Langkah terakhir dalam menangani isu yang kian membarah ini sudah tentulah melalui penganjuran kempen-kempen kesedaran dalam hal yang berkaitan keselamatan jalan raya. Pihak swasta dalam hal ini juga boleh menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam menyampaikan kempen-kempen tersebut melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar mahupun Internet. Kempen-kempen yang dijalankan ini perlulah dibuat secara berterusan dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun melepaskan batok di tangga. Secara tidak langsung masyarakat akan tahu pihak kerajaan mahupun penganjur kempen ini bersungguh-sungguh dalam usaha mengurangkan kecelakaan jalan raya.

     Secara kesimpulannya, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya kadar kemalangan jalan raya di negara kita dapat dikurangkan. Jika segala langkah telah diambil dan dijalankan dengan sewajarnya, tidak mustahil kita dapat melihat negara yang dicintai ini berkembang menuju ke arah status negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Thursday, 3 December 2015

TEMA: PENULISAN KREATIF

SAJAK KERANAMU MALAYSIA


Malaysiaku tercinta!
Tempat untuk aku berlindung
Mencari sesuap nasi membanting tenaga
Mencurah bakti dalam memelihara negara
Menabur budi mengenggam setia
Malaysiaku tercinta!
Kini dirimu sudah merdeka
Aman damai harmoni sentosa
Kau tersergam indah tidak terkata
Menyemai bakti indah persona...


PANTUN NASIHAT


Mana mungkin ada buaya

Cuba lihat dengan cermat

Mana mungkin hidup bahagia

Jika pada orang tua tiada hormat


Kolam dipenuhi ikan sepat

Untuk dimasak di daun talas

Jika ingin ilmu bermanfaat

Carilah dengan tulus ikhlas



Cahaya terang sang matahari

Lebih terang dari pelita

Pandai-pandai membawa diri

Agar hidup sentiasa bahagia




Wednesday, 2 December 2015

TEMA: ISU SEMASA

Punca Pengangguran



Pengangguran di kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat, mengapa dan wajarkah ianya terjadi kepada pelajar-palajar lepasan universiti? Apakah masalah sebenar yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur?

     Ramai siswazah sekarang terlalu memilih pekerjaan. Jawatan yang hendak dimohon mestilah jawatan yang tinggi di dalam syarikat. Sebagai contoh jawatan pengurus besar yang layak dengan ijazah yang mereka miliki. Apabila tiada kekosongan dalam jawatan, maka mereka lebih rela menjadi penganggur daripada melakukan kerja yang tidak setaraf atau sepadan dengan ijazah yang mereka miliki. Mereka tidak mahu dan malu untuk melakukan pekerjaan yang bermula dari bawah. Tiada pengurus mendapat pekerjaan sebaik tamat belajar sebaliknya ramai bermula dari bawah untuk mengumpul pengalaman.

     Selain itu, pengangguran dalam kalangan siswazah berpunca daripada kekurangan pengalaman. Jika tiada pengalaman memang sukar untuk mendapat pekerjaan. Ramai majiakn, terutama dalam sektor swasta lebih cenderung untuk mengutamakan calon memiliki pengalaman bekerja berbanding graduan berkelulusan tinggi tetapi hanya berpengalaman dari segi teori. Pada graduan tidak perlu hanya memilih faktor gaji kerana pengalaman lebih penting untuk masa depan.

     Kemahiran komunikasi yang lemah antara punca berlakunya pengganguran. Memetik kata-kata Datuk Maznah Hamid,” jika dari segi akademik, individu itu hebat, namun lemah dari aspeks komunikasi , dia tetap tidak akan membantu kejayaan individu itu. Justeru kemahiran komunikasi perlu dikuasai. Majikan tidak akan melihat gred A yang ada pada ijazah tetapi cara seseorang individu itu berkomunikasi. Kemahiran komunikasi yang bagus dapat menyakinkan seseorang.

     Ramai lepasan siswazah yang lemah berbahasa Inggeris. Mereka tidak dapat menguasai banyak bahasa khususnya bahasa antarabangsa atau Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris penting dalam era globalisasi, liberalisasi dagang dan asakan teknologi maklumat (ICT) hari ini. Kita memerlukan graduan yang bukan sahaja mempunyai keyakinan diri, berpandangan jauh dan kepetahan bercakap atau berkomunikasi. Oleh itu, para majikan akan mengambil pekerja berdasarkan kelebihan mereka menguasai Bahasa Inggeris kerana banyak syarikat menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. 

Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian,”  dan satu lagi pepatah yang mengatakan, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan  dan nak seribu daya tak nak seribu dalih.”

PEMUJUKAN WACANA PEMIMPIN NEGARA


Pemujukan wacana seperti ini pada kebiasaan digunakan dalam majlis-mjlis rasmi. Sebagai contoh, pembacaan latar belakang seseorang tokoh di Majlis Istiadat Konvokesyen. Bawah ini merupakan contoh penggunaan pemujukan wacana pemimpin negara.